Pages

Saturday 21 May 2011

Tudung Zaman Sekarang

Adakah cara pemakaian tudung sekarang adalah betul...Banyak oarng sekarang memakai tudung,tetapi adakah ianya mengikut syariat yang betul...Zaman sekarang mereka hanya memakai tudung untuk untuk pengayaan semata-mata ataupun mengikut artis....Sebagai contoh tudung yang menjadi trend di Malaysia ialah......


 Tudung 'Mickey Mouse' Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.



Tudung LilitJenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung 'See Through' Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.



Tudung 'Singlet' Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Apa yang patut kita buat sekarang...Adakah kita hanya menjadi penonton tanpa ada sebarang langkah penyelesaian....hmmmmm...
Fikir-fikirkan...Selamat Beramal.....

1 comment: